Showing posts with label wang. Show all posts
Showing posts with label wang. Show all posts

Sunday, August 23, 2009

klik jer:)

Assalamualaikum semua:)

Salam Ramadhan saya ucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat. Hari ini sudah masuk hari ke 3 kita berpuasa tanpa kita sedari, memang betul apa yang pernah ibu saya bagitahu,kita di akhir zaman ini,masa bergerak terlalu cepat.

Kalau dulu bila berpuasa,nak tunggu masa berbuka punyalah lama,siap ada yang mengira masa lagi:) Tapi pada masa sekarang ini, bila berpuasa macam cepat je masa tu berlalu,sedar-sedar sudah nak berbuka. Bila kita buka topik tentang berpuasa, macam-macam perkara bole kita bincangkan. Antara perkara yang selalu saya fikirkan adakah bulan Ramadhan ni satu PELUANG atau satu HALANGAN.

Mungkin kawan-kawan pun pernah merasai sendiri atau melihat gelagat orang lain yang mana bile sahaja datangnya bulan Ramadhan,ramai diantara kita akan berkata:- " Tido je lah aku lps ni,da pose mane ade tenage nak wat keje..silap2 bile lunch jek aku lelap kat surau" " Aku mls la rase bile da pose ni,xde moodnak wat keje,bile pg jek rs ngantuk,tgh ari ape ntah lg...emm" Inilah antara rintihan-rintihan yang biasa kita dengar.

Kalau kita menyelusuri kisah sejarah Islam pada zaman Rasul dan para sahabat, berlakunya perang Badar pada bulan Ramadhan. Pada masa itu jumlah tentera islam dengan orang kafir sangatlah beza dan tentera islam terlalu sikit nisbahnya. Walaubagaimanapun,dengan keadaan mereka yang sedang berpuasa dan jumlah mereka yang sedikit,mereka tetap memenangi dan dapat memerangi keseluruhan orang kafir dengan jayanya. Jadi nak dikira cabaran yang kita hadapi semasa berpuasa ini terlalulah kecil jika nak dibandingkan dengan cabaran-cabaran yang dilalui oleh pada sahabat dan nabi kita. Oleh itu,saya ingin mengingatkan diri saya dan juga kawan-kawan semua,pada bulan Ramadhan yang berkat ini,tanamkanlah tekad untuk mengambil sebanyak-banyaknya peluang yang ada dalam Ramadhan ini dan fahamilah bahawa Ramadhan inilah memberi kita lebih kekuatan untuk menghadapi apa sahaja rintangan samada kita nak menunaikan ibadah puasa atau ibadah-ibadah yang lain.

Maka bagi kawan-kawan semua,adakah anda masih merasakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yang akan membuatkan kite lemah tanpa makan dan minum?Jawapannya terletak pada anda sendiri,tepuk dada,tanyalah iman.

Pada masa sekarang ini,ingin saya berkongsi 1 peluang yang mane boleh menjana wang terutamanya dalam persediaan kita nak sambut syawal nanti. Mungkin ada diantara anda yang tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan sampingan,jadi ini peluang yang mudah anda nak mulakan,tidak perlukan modal dan tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak. Klik banner di bawah untuk register terlebih dahulu dan anda boleh dapatkan maklumat yang lebih lengkap.



Dan bagi kawan-kawan yang mana nakkan panduan rahsia melipatgandakan keuntungan anda dalam apa jua perkara yang anda buat,klik pada banner dibawah:-



ataupun yang ini:)