Monday, August 24, 2009

Jumaat yg malang bagi ku:)






Assalamualaikum dan selamat sejahtera:)



Moga gembira dan bersemangat pada bulan Ramadhan yg mulia dan berkat ini..alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk tidur dan bangkit kembali,di beri ruang untuk bernafas tanpa kira waktu dan yang paling penting sekali adalah kita diberi kekuatan atas nikmat iman dan islam kita..
Post kali ni hanyalah nak berkongsi pengalaman saya pada Juamaat yang lepas yang mana kereta saya telah ditimpa musibah. Malangnya perkara itu berlaku semasa barlangsungnya solat Jumaat.
Saya sedar kereta saya telah dipecahkan cermin belakang di sebelah kiri setelah saya habis solat Jumaat. Yang peliknya,kereta saya tu saya letakkan betul-betul dihadapan sebuah kedai makan,tapi masih jugak kene pecah. tetapi yang hilang hanyalah beg laptop saya,nasib baik dalam beg tu tidak ade laptop:)
alhamdulillah..yang paling penting kereta saya tidak teruk keadaannya.








inilah sebahagian daripada gambar-gambar selepas berlakunya kejadian pecah cermin, tetapi alhamdulillah pada petangnya selepas saya buat laporan di balai polis,ade seorang hamba Allah ni telefon saya dan dia bagitahu saya bahawa dia terjumpa beg laptop dekat sebelah jalan besar di brickfield:)

Nasib baiklah ada namecard saya dalam beg tersebut.

Pengajaran dari kejadian ini,saya dapati walaupun beg yang kita tinggalkan tu tak ada barang berharga,jangan sesekali tinggalkan beg kita tu dalam kereta,kalo nak tinggalkan pun sorokkan,jangan biarkan orang luar nampak.

Jadi sebelum kita tinggalkan kereta kita,pastikan tak ada barang berharga dalam kereta dan pastikan kereta berkunci:)

Beringat sebelum kene,itu yang pasti..renung-renungkan dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment