Macam mana dengan puasa hari ini kawan-kawan?
Macam mana dengan azam Ramadhan tahun ini nak berhenti "MEROKOK"?:)
Pastinya post tentang merokok ni dah banyak kawan-kawan baca dan tengok kat mana-mana dan ada juga yang telah buat tetapi bagi perokok-perokok tegar,pastinya post ni tidak memberi sebarang makna kepada mereka.
Sebenarnya datang idea nak buat post ni bila saya dengar ceramah oleh imam besar Masjid Jamek Rawang tentang menanam azam dalam bulan ramadhan untuk buat perkara-perkara yang baik dan tinggalkan perkara-perkara yang sebaliknya.
Antara perkara yang dicadangkan untuk kita sama-sama tinggalkan adalah merokok!!
Rasanya kawan-kawan semua sudah sedia maklum tentang bahaya merokok dan kesan-kesan kepada diri dan orang lain semasa merokok. Mungkin saya boleh kongsikan sedikit apa kesan-kesannya supaya kita yang selalu alpa ni akan kembali ingat:)
1)Merokok boleh menyebabkan ketagihan.
2)Merokok pada mulanya bermula akibat ingin tahu, namun bila kesan nikoton dalam rokok memberi kesan ia menjadi ketagihan.
3)Kesan-kesan buruk dikaitkan dengan merokok adalah
-Barah paru-paru
-Kelelahan akibat COAD dan emphysema
-Sakit jantung iskaemia
-Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases
-Kanser pundi kencing
-Air mani tidak normal
-Lemah ingatan
-Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan
-Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung
-Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil
-Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat
Nakkan info yang lebih detail,sila lawati laman web
www.iwanttoquitsmoking.com.my
Jadi kawan-kawan,terkesan tak dengan sedikit info tentang bahaya merokok dan kesan-kesannya??
Sudah ada yang berjaya berhenti rokok??
Kalau masih belum berjaya atau perlukan panduan,sila klik banner di bawah:-